Tuesday, October 12, 2010

1. Penjagaan jeans
Anda pasti saying dengan jeans yang dibeli dengan harga mahal. Tetapi tidak tahu menjaganya, tiba-tiba sahaja koyak dan membesar. Jika anda inginkan jeans anda tahan bertahun-tahun. Begini caranya, jika anda ingin membasuhnya..jangan sesekali menggunakan pelembut pakaian. Ini akan menyebabkan jeans anda merenggang dan lembut bila membasuh menggunakan pelembut pakaian ketika mencucinya. Menggunakan sabun pencuci sudah memadai.

2. Menggelakkan bayi terbangun tengah malam
Aduh, sudah tentu anda mengantuk untuk bangun ditengah malam untuk membuat susu atau menyusukan bayi anda. Caranya mudah, selepas bayi anda minum susu sebelum tidur, pastikan anda memberi bayi anda minum air suam pula. Cubalah, Insya-Allah mungkin bayi anda tidak akan bangun kerap di waktu malam lagi untuk minum susu. Ini disebabkan, selepas minum susu diwaktu malam, bayi anda kerap dahaga.

3. Hilang kan bau kencing kucing
Bagi pengemar binatang peliharaan kucing atau anjing, pasti mengalami masalah ini. Senang sahaja, bersihkan dahulu tempat yang telah binatang peliharaan anda kencing itu dahulu. Kemudian, tuangkan sedikit cuka makan dia atasnya dan biarkan ianya kering. Insya-Allah baunya akan hilang, binatang peliharaan anda tidak lagi kencing di tempat yang sama berulang kali.

4. Hilangkan gula getah di pakaian
Jika baju anda atau anak-anak anda terkena gula-gula getah. Hmmm jangan bimbang dan buang pula baju itu. Senang sahaja, ambil pakaian itu dan masukkan di dalam beg plastic. Kemudian, masukkan ia di dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keluarkan dari dalam peti sejuk dan cuba tanggalkan gula-gula getah yang terlekat pada pakaian itu, sudah pasti ianya mudah ditanggalkan . Insya-Allah cubalah.

5. Ellakan bayi sakit mulut
Bayi yang masih dalam pantang mudah mendapat sakit mulut disebabkan lebihan susu yang tertingal di dalam mulutnya sehingga ada tanda-tanda putih pada mulutnya. Cuba petua ini, cari akar pucuk manis, basuh dan asah pada belakang pasu yang bersih. Jika terlalu kering, titikkan sedikit air sejuk. Setelah itu sapulah pada mulut bayi. Akhir sekali bersihkan mulut bayi dengan air suam. Insya-Allah kesannya hilang.

6. Nanas bersih kan perut
Jika anda mengalami sembelit, tentu perut berasa tidak selesa. Kisar sepotong nanas dan jadikannya minuman. Minum dua kali sehari dan perut anda akan terasa lega.

No comments: