Tuesday, October 12, 2010

Tips/Petua kencantikan

1. Timun atasi masalah jerawat
Mungkin sudah banyak cara yang di amalkan untuk menghilangkan jerawat tetapi masih ada lagi. Jadi, apa kata anda mencuba menggunakan timun. Cuba ambil kulit timun dan di kisar sehingga halus dan di sapukan ke bahagian yang berjerawat. Amalan ini perlu di lakukan sekerap mungkin dan muka tidak akan ditumbuhi jerawat lagi.

2. Gigi lebih putih dengan kulit manggis
Milikki gigi yang bersih dan putih berseri adalah idaman kita. Untuk itu, anda bakar kulit manggis itu hingga kehitaman. Kemudian tumbuk kulit hitam manggis itu dan letakkan sedikit pada berus gigi dan gunakan ia seperti ubat gigi. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Amaln yang di lakukan secara berterusan mampu memberikan hasil yang anda idamkan selama ini.

3. Elak kulit Bersisik
Cuaca yang tidak menentu, kadangkala panas terik dan hujan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kulit seseorang kering dan bersisik, pasti mencacatkan penampilan seseorang dan menyebabkan kesakitan jika kulit mengelupas. Dapatkan segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan sesudu madu. Bahan ini hendaklah dipanaskan seketika sebelum diminum. Lakukan dua kali dalam sehari iaitu sebelah pagi dan petang.

4. Mandi Garam
Mandi garam sudah lama dipratikkan sejak dahulu lagi. Mandi garam boleh menghilangkan kepenatan dan mengeluarkan racun daripada dalam tubuh. Racun dalam tubuh boleh dikeluarkan melalui pori-pori kulit dan peluh. Jika di rumah anda boleh melakukannya dengan menabur dua hingga tiga sudu besar garam ke dalam air mandian yang telah dicampur ‘essencial oil’. Kemudia berendamlah selama 20 minit sebelum membilasnya dengan air mandian lain.

5. Hilangkan bau badan
Masalah bau badan antara punca yang meyebabkan ramai yang tidak ingin berjalan dekat dengan anda. Mungkin anda tidak menyedarinya. Cuba campurkan kapur makan dan sedikit jus limau nipis, kemudian sapukan kepada ketiak anda sebelum mandi. Biarkan ianya kering sebentar, kemudian barulah di basuh dan mandi. Lakukannya setiap hari, sehingga badan anda tidak berbau lagi. Dengan cara ini juga akan melambatkan proses penumbuhan bulu ketiak. Cubalah, Insya-Allah.

6. Atasi Masalah bulu roma lebat
Mempunyai bulu roma lebat mmm tentu merisaukan. Untuk mengatasinya, ambil dua camca besar air limau nipis. Campur sedikit gula pasir dan kacau sebati sebati. Kemudian sapu pada tangan atau kaki yang berbulu roma lebat. Biarkan kering setengah jam dan cuci. Lakukan sekali sehari, Insya-Allah bulu roma akan gugur.


7. Khasiat Kacang soya
Jika anda gemar minum air kacang soya dan mengisarnya sendiri, usah di buang hampasnya. Jemur hampasnya sehingga kering dan simpan di dalam bekas kedap udara. Untuk menggunakannya ambil beberapa camca hampas itu dan bancuh dengan air suam. Gosak dan sental pada seluruh badan sewaktu mandi. Hasilnya , badan lebih bersih lembut dan cerah. Hampas itu juga boleh di sapu ke wajah sebagai pupur, tapi hendaklah di campur dengan putih telur.

No comments: