Tuesday, October 12, 2010

Tips / Petua penjagaan kesihatan

1. Nanas bersih kan perut
Jika anda mengalami sembelit, tentu perut berasa tidak selesa. Kisar sepotong nanas dan jadikannya minuman. Minum dua kali sehari dan perut anda akan terasa lega.

2. Petua kekal cergas
Kadang-kadang apabila bangun dari tidur, badan terasa lemah dan longlai dan malas. Untuk mengatasinya, cuba amalkan minum segelas air suam dengan sekali hirup sebelum tidur dan sebaik bangun tidur. Amalan ini juga akan melancarkan system peredaran darah dan system penghadaman badan. Jika diamalkan setiap hari, Insya-Allah anda akan kekal cergas sepanjang hari.

3. Air Mandian
Menurut pakar perawatan tubuh, mandi dengan air panas atau sejuk memberikan kesan yang berbeza. Jika air panas memberikan dan membuatkan anda tenang, maka air sejuk pula mampu membangkitkan semangat anda.
Pada pagi hari, anda boleh memulakan hari yang indah dengan mandi dengan air sejuk. Pada waktu petang pula, selepas pulang kerja anda boleh merehatkan diri dengan mandi air panas.

4. Mencuci dalam badan selepas mengambil makanan segera
Jika anda teringin untuk menikmati makanan segera, tetapi disamping itu masih mahu mengekalkan pemakanan cara sihat atau diet. Anda boleh menikmatinya, tetapi selepas beberapa jam, anda hendaklah meminum 2 gelas air. Ini akan membantu mencuci lebihan sodium yang terkandung di dalam makanan itu.

5. Minum Dua gelas air sebelum makan
Jika anda teringin untuk menikmati kek keju dan coklat. Anda boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah. Tetapi dengan syarat, anda perlu mengambil dan minum dua gelas air sebelum menikmati makanan kegemaran anda. Selain terhindar daripada dehidrasi, anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit kerana sudah berasa kenyang.

6. Larutkan Lemak
Brokoli yang kaya dengan sumber betakaroten sebenarnya boleh melarutkan lemak. Setiap kali anda ingin makan brokoli, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit marjerin, minyak zaitun dan sos keju.

7. Minum segelas air setiap pagi
Pada waktu pagi, sebelum anda mandi atau mencuci gigi. Amalkan minum segelas air putih setiap hari. Ini akan membantu mencergas kan badan dan juga membersihkan usus perut. Jika di amalkan selalu Insya-Allah perut akan kempis.

8. Halia dan madu
Untuk mengekalkan kecergasan badan setiap hari, bagi ibu-ibu. Sila amalkan minum air suam, halia bercampur sesudu madu. Ini dapat membantu membuang angin di dalam badan, dan Insya-Allah badan akan sentiasa cergas.

No comments: